Siapa kata kanak-kanak tidak boleh berfesyen, lebih-lebih lagi pada tahun baru ini? Hal ini kerana baju kanak-kanak kini mempunyai trend tersendiri.
Sebagai ibu dan ayah, kita pasti merasa geram untuk menggayakan si kecil dengan pakaian yang cantik-cantik, kan?
Sudah menjadi kebiasaan untuk ibu dan ayah menyediakan keperluan yang terbaik untuk anak-anak. Daripada aspek wang perbelanjaan sehinggalah pemakaian harian.
Tetapi, membeli pakaian kanak-kanak tidaklah semudah yang disangka. Sama seperti baju orang dewasa, baju kanak-kanak juga mempunyai corak, saiz dan details.
Jadi, artikel ini akan berkongsi 7 tips penting ketika anda ingin membeli pakaian kanak-kanak.
Jom, ikuti artikel ini sehingga habis!
Artikel Berkait
7 Tips Penting Sebelum Membeli Pakaian Kanak-kanak
1. Tanya dahulu poket
Sebelum kita membuat pembelian; sama ada pakaian kanak-kanak mahupun mainan, kita perlu lebih cakna akan bajet yang perlu dibelanjakan.
Disebabkan itu, anda disarankan untuk membeli pakaian kanak-kanak mahupun mainan mengikut kemampuan.
Tambahan lagi, kanak-kanak membesar dalam sekelip mata sahaja. Jadi, pakaian yang dibelikan sewaktu mereka kecil tidak lagi boleh dipakai.
2. Jenis kain pakaian yang digunakan
Pemilihan jenis fabrik pakaian yang digunakan merupakan kriteria yang paling utama sebelum membuat pembelian.
Ini kerana kain fabrik pakaian akan menyentuh kulit si comel secara langsung. Kadang-kala, kain fabrik yang tidak sesuai boleh menyebabkan iritasi pada kulit mereka.
Cadangan yang baik untuk membeli pakaian kanak-kanak ialah campuran jenis kain seperti kapas dan linen yang lembut.
Artikel Berkait
Ceriakan Hari-hari Anda Dengan Memakai Baju Sedondon Ibu dan Anak
3. Keselesaan pakaian kanak-kanak
Sebagai ibu dan ayah, anda pasti sudah familiar dengan telatah dan gelagat si anak kecil.
Kadang-kala, si comel menjadi amat aktif, lasak dan juga amat kuat bermain.
Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan pakaian yang selesa.
Ini membolehkan mereka bebas bergerak serta tidak menyebabkan iritasi pada tubuh badan.
Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan jenis kulit dan pergerakan anak-anak.
Sebagai contoh, terdapat baju kanak-kanak yang boleh dilaraskan dengan adanya butang atau zip.
Ini adalah untuk memudahkan ibu bapa menukarkan baju dan lampin mereka.
4. Pemilihan warna pakaian
Kebanyakkan pakaian kanak-kanak di pasaran mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik. Ada yang gabungan antara dua warna yang cerah dan terang.
Jadi, anda perlu tahu untuk memilih warna pakaian yang sesuai untuk kanak-kanak.
Kami menasihati anda untuk memilih pakaian kanak-kanak yang berwarna terang dan fun. Antaranya ialah merah jambu, biru, ungu, dan hijau.
Pemilihan warna-warna ini akan menjadikan anak-anak kita kelihatan sangat comel dan ceria sepanjang masa.
Sekiranya anda sedang mencari pakaian kanak-kanak yang memiliki pelbagai warna menarik, anda boleh melawati katalog KiutKidos.
Jadi, jangan pula anda membeli pakaian kanak-kanak yang mempunyai warna yang sama sahaja, ya.
Artikel Berkait
5. Jenis pakaian kanak-kanak
Pesanan yang paling utama kepada semua ibu bapa dan juga penjaga ialah jangan terlalu ikut trend semasa.
Ini dapat mengelakkan anak-anak kecil daripada menjadi mangsa dunia fesyen.
Menjadi mangsa fesyen bermakna sekuriti dan privasi anak-anak lebih mudah terdedah kepada dunia luar.
Oleh itu, anda perlu menitikberatkan faktor-faktor di bawah:
- Pilihlah fesyen pakaian kanak-kanak yang boleh dipakai untuk jangka masa yang panjang.
- Pakaian yang bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.
- Pakaian yang boleh dipakai ketika menghadiri majlis seperti hari perkahwinan saudara-mara.
6. Keselamatan
Tidak salah sekiranya anda ingin menambah aksesori pada pakaian si kecil. Namun, anda perlu pastikan ianya tidak tajam atau mudah tertanggal.
Selain itu, anda perlu elak daripada membeli pakaian yang mempunyai tali atau renda panjang.
Ini boleh mengundang bahaya kepada si kecil. Contohnya, kanak-kanak yang tersangkut atau tersandung pada tali tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tubuh badan.
7. Ukuran
Seperti dinyatakan, proses tumbesaran kanak-kanak adalah sangat cepat.
Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk membeli pakaian yang satu saiz lebih besar daripada biasa.
Perbuatan ini dapat memastikan supaya pakaian tersebut boleh dipakai untuk jangka masa yang lama dan memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
Ini menunjukkan anda perlu mengambil tahu saiz pakaian yang bersesuaian dengan anak-anak.
Adakah anda sedang mencari baju kanak-kanak yang menarik, selesa, serta versatile mengikut fesyen terkini?
Mari dapatkan pakaian kanak-kanak hanya di KiutKidos!
Menariknya, kami bukan sahaja menawarkan set pakaian untuk kanak-kanak sahaja. Kami turut mempunyai set pakaian untuk seisi keluarga, terutamanya buat mereka yang sedang mencari pakaian sedondon.
Dengan harga yang mampu milik, anda pasti akan menjadi rambang mata ketika memilih pakaian-pakaian di kedai kami!
Tidak percaya?
Jom, baca artikel kami di sini untuk melihat baju keluarga yang sedondon dan semestinya dapat memikat hati ramai orang.
Jom dapatkan baju kanak-kanak yang selesa dan menarik hanya di Kiut Kidos sekarang! Klik sahaja pautan di bawah: