Baju kurta lelaki sedang menjadi trend terkini dan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.
Bukan sahaja hanya untuk digayakan semasa musim perayaan, kurta juga telah menjadi kebiasaan untuk dipakai sewaktu solat Jumaat, ke pejabat serta apa jua majlis sekalipun.
Tahukah anda asal usul pakaian ini sehingga ia menjadi popular di Malaysia?
Kalau nak tahu mengenai kurta dengan lebih lanjut, mari baca artikel sehingga habis.
Artikel Berkait
Baju Budak Lelaki: 10 Pilihan Menarik Di Sini!
Asal Usul Kurta
Pakaian kurta berasal daripada pakaian gamis yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Mempunyai bahagian lengan yang panjang
- Berkolar
- Berukuran labuh sehingga ke tengah betis
Pakaian ini amat berkait rapat dengan sejarah Islam. Kurta mula “tercipta” apabila Nabi Muhammad SAW memotong bahagian kiri dan kanan pakaian tersebut sebanyak satu jengkal untuk menunggang unta.
Daripada peristiwa itulah, para sahabat turut mengikuti cara berpakaian Rasulullah atas dasar kecintaan yang tinggi kepada Baginda SAW.
Pakaian tersebut juga telah memudahkan pergerakan mereka untuk menyebarkan dakwah.
Artikel Berkait
Ceriakan Hari-hari Anda Dengan Memakai Baju Sedondon Ibu dan Anak
Keselesaan Paling Penting Ketika Memakai Kurta
- Menggayakan kurta dengan pelbagai cara
Jika dahulu terdapat trend baju Melayu seperti baju Melayu teluk belanga atau cekak musang yang menguasai pasaran. Kini kaum lelaki mempunyai lebih banyak pilihan untuk bergaya.
Ini kerana tidak semua orang suka memakai set baju Melayu sepanjang hari.
Ada yang lebih selesa memakai seluar bersama kurta, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas di Malaysia ini.
Jadi, kaum lelaki tidak perlu risau lagi untuk mencari pelbagai jenis kurta dan cara untuk menggayakannya.
Untuk kurta bervariasi moden, ia mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti corak cek, jalur atau kotak yang dicetak atau ditenun.
- Material fabrik yang tahan lama
Banyak antara variasi ini diperbuat daripada fabrik polyester, satin, cotton dan linen.
Untuk penggunaan yang tahan lebih lama, anda boleh memilih kurta yang diperbuat daripada fabrik import seperti linen, oxford cotton atau pinpoint cotton.
Material fabrik tersebut lebih tahan lama daripada segi fabrik dan warna. Ini membuatkan kurta sangat selesa dan tidak panas berbanding fabrik lain.
- Jenis kurta “idaman” lelaki
Antara jenis kurta lain yang selalu menjadi sambutan ramai adalah kurta yang mempunyai kolar, bercorak; bersulam, dedaun, bunga dan banyak lagi.
Selain kurta bersaiz labuh, ada juga kurta moden yang mempunyai potongan pendek yang bersesuaian untuk tubuh kecil.
Kebiasaannya, potong kurta seperti ini dipanggil sebagai slim fit.
Kaum Adam selalunya menggayakan kurta ini dengan seluar slack atau jeans.
Kurta seperti ini jugalah yang popular serta menjadi pilihan ramai di Malaysia.
Malah, dengan gayanya yang membawa konsep smart kasual, ia juga telah menjadi trend dalam kalangan anak muda.
- Ciri-ciri kain kurta yang selesa
Pemakaian kurta yang selesa mempunyai ciri-ciri pakaian seperti berikut:
- Tidak panas
- Breathable
- Kain yang lembut
Dengan pemilihan material fabrik yang betul, anda tidak lagi akan berasa rimas atau tidak selesa sepanjang hari.
Kebiasaannya, senario ini sering terlihat ketika menunaikan solat Jumaat dan sesi kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara.
Artikel Berkait
4 Pilihan Menarik Kurta KiutKidos
Terdapat pelbagai corak baju kurta yang direka khas untuk pilihan kaum lelaki. Berikut merupakan pilihan kurta yang menarik di KiutKidos:
Ammar (Kurta Linen)
Uniknya mengenai kurta ini, ia mempunyai poket di bahagian tepi baju. Jadi, anda mempunyai extra poket untuk menyimpan barang-barangan kecil seperti wallet dan smartphone.
Pakaian kurta Ammar ini boleh dibasuh secara soft wash iaitu dengan menggunakan tangan ataupun mesin basuh.
Kurta ini diperbuat daripada material kain linen yang amat bersesuaian dipakai di Malaysia.
Parker in Nude
Kurta Parker ini sedikit berbeza dengan yang sebelumnya. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Mempunyai potongan lengan yang pendek
- Diperbuat daripada cotton (100%)
- Mempunyai saiz: S, M, L dan XL
Ameer (Kurta Cotton)
Kurta Ameer pula didatangi dengan pilihan warna yang lembut (pastel) dan menarik. Antara warnanya adalah Coffee, Coral dan Marine.
Anda boleh klik pada link ini untuk melihat katalog pakaian kurta.
Selain itu, pakaian ini juga diperbuat daripada material cotton (100%). Jadi, anda akan berasa selesa dan tidak panas ketika memakai kurta ini.
Kurta Ameer ini amat sesuai dipakai oleh kaum lelaki yang bertubuh kecil kerana cuttingnya adalah slim fit.
Cara untuk membasuhnya adalah soft wash iaitu boleh dicuci dengan mesin basuh mahupun tangan.
Alam Dad (Top)
Kurta Alam Dad ini diperbuat daripada cotton. Ia memberikan rasa keselesaan dan tidak mudah panas.
Dengan adanya corak stripes yang halus dan kemas, kurta ini pasti akan menarik perhatian orang ramai.
Anda boleh dapat kurta ini dalam saiz S, M, L dan XL.
Kesimpulannya, pemakaian kurta adalah sangat popular dalam kalangan kaum lelaki. Terutamanya, kaum lelaki yang berusia lingkungan 20-an.
Hal ini kerana pemakaian kurta boleh digayakan dengan seluar slack dan jeans.
Sekiranya anda sedang mencari pakaian kurta untuk suami, ayah mahupun adik-beradik lelaki, anda boleh mendapatkannya di KiutKidos.
Klik sahaja link di bawah ini untuk melihat pilihan kurta yang menarik hanya di KiutKidos.