You are currently viewing Ceriakan Hari-hari Anda Dengan Memakai Baju Sedondon Ibu dan Anak

Ceriakan Hari-hari Anda Dengan Memakai Baju Sedondon Ibu dan Anak

Trend mengenakan baju sedondon ibu dan anak telah menjadi ikutan dan popular pada masa kini. 

Trend ini sangat disukai terutamanya dalam kalangan para ibu. 

Kebanyakan ibu suka menggayakan fesyen atau tona warna baju yang sama dengan si kecil ketika hari raya atau menghadiri majlis bersama keluarga tersayang. 

Orang sekeliling yang tengok pun terasa sedap mata memandang mereka mengenakan pakaian sedondon.

Jom ketahui sebab-sebab si ibu perlu memakai sedondon dengan si kecil.

Artikel Berkait

Baju Budak Lelaki: 10 Pilihan Menarik Di Sini!

4 Sebab Si Ibu perlu Memakai Sedondon Bersama Si Kecil 

1. Kelihatan cantik dan kemas 

Sememangnya sudah sifat kita sebagai manusia untuk menyukai sesuatu perkara yang cantik, kemas, dan teratur. 

Oleh itu, keluarga yang berpakaian sedondon pastinya akan kelihatan cantik dan sedap mata memandang. 

Kehadiran mereka yang berpakaian sedondon itu pasti dapat menceriakan majlis dan menarik perhatian sanak-saudara. 

2. Mudah diingati dan dijadikan kenangan 

Apabila didatangai tetamu yang ramai, agak sukar bagi tuan rumah untuk mengenali ahli keluarga masing-masing. 

Hal ini disebabkan, mereka mempunyai cita-rasa fesyen yang tersendiri. 

Tetapi, keluarga yang menghadiri majlis rumah terbuka yang berpakaian sedondon akan lebih senang dikenali dan diingati. 

Secara tidak langsung, ini dapat merapatkan lagi silaturrahim antara keluarga dan menjadikan ia satu kenangan manis. 

3. Dapatkan ‘picture perfect’ 

Antara sebab ramai keluarga suka berpakaian sedondon pada hari Syawal adalah untuk mendapatkan gambar keluarga. 

Sesi bergambar di pagi raya merupakan satu perkara yang wajib dilakukan pada zaman ini, terutama dengan adanya media sosial. 

Bayangkan jika bergambar dengan keluarga tersayang sambil berpakaian sedondon. 

Sungguh comel dan manis, bukan?

Sesudah sahaja sesi bergambar, gambar-gambar tersebut haruslah diupload di Instagram, Twitter dan Facebook!

4. Mengeratkan silaturahim 

Bagi anak-anak yang sudah dewasa dan merantau ke negeri atau negara lain, menyambut hari raya dengan ahli keluarga tersayang merupakan saat-saat yang sangat bermakna. 

Walaupun ada antara mereka yang tidak mampu untuk pulang ke kampung atas sebab tertentu, cukuplah sekadar berbaju sedondon dengan keluarga tersayang. 

Secara tidak langsung, ini dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga masing-masing. 

Artikel Berkait

11 Pilihan Baju Budak Perempuan (Semua Cantik-Cantik!)

4 Pilihan Menarik Baju Sedondon Ibu dan Anak 

Terdapat pelbagai design baju sedondon yang direka khas untuk ibu dan anak di kedai. 

Setiap rekaan baju mempunyai ciri-ciri unik dan elegan yang pasti membuatkan para ibu rambang mata untuk membuat pilihan! 

Teruskan membaca artikel ini untuk melihat pilihan-pilihan menarik baju sedondon ibu dan anak. 

1. Aurora Set Mom + Daughter 

aurora set sedondon ibu dan anak

Jenis kain: Cotton crepe 

Style: Mempunyai satu poket pada hadapan baju 

Cara penjagaan: Baju ini dibasuh secara soft wash iaitu dengan menggunakan tangan ataupun mesin basuh

Kelebihan: Baju top Aurora Mom ialah nursing friendly

Anda boleh dapatkan Aurora Set Mom + Daughter ini dalam warna putih serta dengan corak yang sangat comel dan minimalis. 

Bukan itu sahaja, kain baju ini diperbuat daripada cotton crepe yang amat sesuai dipakai di Malaysia. 

Baju ini juga sangat bagus untuk para ibu yang mempunyai bayi kerana ia nursing friendly. 

Anda pasti dapat menggayakan baju material ini sebagai pakaian harian bersama anak gadis anda.

2. Adel Set Mom + Daughter  

adel set sedondon ibu dan anak

Jenis kain: Cotton crepe 

Style: Mempunyai satu poket pada hadapan baju 

Cara penjagaan: Baju ini dibasuh secara soft wash iaitu dengan menggunakan tangan ataupun mesin basuh

Kelebihan: Baju top Adel (mom) ialah nursing friendly

Dengan pilihan warna yang lembut dan menarik, baju Adel Set Mom + Daughter ini sangat sesuai untuk si ibu bergaya dengan si kecil. 

Malah, material baju ini juga sangat selesa!

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menggayakan baju ini bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara Malaysia ini.

3. Combo Mom & Son Set (Anna + Adlan)

set anna dan adlan sedondon

Jenis kain: Soft Cotton

Style: Mempunyai satu poket di hadapan baju 

Saiz: S hingga XL (Anna Top dan skirt) manakala XS hingga XL (Adlan Top)

Kelebihan: Combo Mom & Son Set (Anna + Adlan) mudah untuk digosok dan nursing friendly.

Seterusnya, baju Combo Mom & Son Set (Anna + Adlan) ini sangat sesuai bagi ibu yang ingin berpakaian sedondon bersama anak ketika berjalan-jalan. 

Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz. 

Bagi Anna top dan skirt, ia boleh didapati dalam saiz S sehingga XL. 

Manakala Adlan top pula boleh didapati dalam saiz XS sehingga XL. 

Baju ini adalah sangat selesa untuk digayakan sepanjang hari bersama anak anda.

Bukan itu sahaja, ia juga berkain lembut dan mudah dibasuh. 

Jadi, anda tidak perlu risau kesan makanan tertumpah pada baju anda atau si kecil!

4. Combo Top Mom & Son (Aeen + Aiman)

aeen dan aiman set sedondon

Jenis kain: Cotton Rayon

Kelebihan: Combo Top Mom & Son (Aeen + Aiman)

mudah untuk digosok dan nursing friendly.

Top Set Combo Mom & Son ini boleh terdapat dalam warna merah yang menawan. 

Dengan warnanya yang terang dan cantik, semestinya ia dapat menarik perhatian orang ramai. 

Jangan risau lagi jika anak anda seorang yang lasak kerana kain Top Set Combo Mom & Son (Aeen + Aiman) ini sememangnya tahan lasak.

Set baju ini juga boleh boleh didapati dalam pelbagai saiz. 

Jadi, apa-apa jenis dan bentuk badan boleh menggayakan baju ini!

Kami bukan sahaja menawarkan pakaian set family yang mempunyai warna sedondon dengan harga yang sangat berpatutan. 

Terdapat banyak lagi pilihan pakaian yang menarik untuk si ibu dan anak-anak yang boleh didapati di KiutKidos. 

KiutKidos

Jika anda sedang mencari baju kanak-kanak selain daripada pilihan di atas, KiutKidos juga mempunyai pakaian untuk bapa, bayi dan juga kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.