Tengah cari skirt yang cantik-cantik? Anda berada di tempat yang betul.
Di dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan koleksi KiutKidos untuk anda dan juga anak anda!
Kan best bila dapat pakai outfit yang matching-matching dengan anak. “Like mother like daughter” gitu.
Jom, teruskan scroll ya!
Tips dan Panduan Memilih Skirt Yang Sesuai
Dengan pelbagai skirt yang dijual di pasaran, sememangnya si ibu menjadi rambang mata untuk membuat pilihan.
Namun begitu, ada juga yang tidak pasti cara memilih skirt yang bersesuaian dengan bentuk badan mereka.
Adakah anda salah satu daripada golongan mereka?
Tahukah anda pemilihan skirt yang sesuai akan membuatkan penampilan anda lebih bergaya dan menarik?
Jangan risau, artikel ini akan membantu anda untuk menggayakan skirt dengan cara yang betul dan sesuai!
Semestinya anda akan lebih yakin untuk memakai skirt tanpa rasa ragu-ragu lagi.
- Bentuk badan kecil
Bagi mereka yang berbadan kecil, jenis yang tidak terlalu ketat adalah amat sesuai.
Anda akan kelihatan lebih tinggi apabila memakai yang berada di paras atas lutut. Ini dinamakan sebagai mini skirt.
- Bentuk badan seperti buah pear
Kebanyakan wanita di Malaysia memiliki badan berbentuk pear.
Ini bermaksud mereka mempunyai ukuran pinggul yang lebih lebar berbanding ukuran lebar bahu dan dada.
Untuk itu, skirt A-line merupakan pilihan yang tepat.
Pemakaian jenis ini dapat mengurangkan kesan yang menonjol di bahagian punggung dan peha.
- Badan berbentuk jam pasir
Bagi mereka yang mempunyai badan yang berbentuk jam pasir, atau hourglass. Skirt mini yang berwarna pejal adalah terbaik untuk anda.
Anda juga boleh memakai skirt A-line beserta tali pinggang untuk memberi bentuk pinggul yang kecil.
Ini juga boleh membawa penampilan yang lebih bergaya dan sesuai untuk bergambar outfit of the day (OOTD).
- Berbadan persegi panjang atau lurus
Amat penting untuk mereka yang berbadan persegi panjang untuk mengelakkan mini skirt yang lurus sebab ia tidak dapat menyerlahkan bentuk badan anda.
Jadi, pilihlah skirt yang bergelembung atau bermodel putri duyung yang mempunyai lipatan, lapisan dan kedutan pada skirt itu.
- Berbadan lekuk
Adakah anda mempunyai badan berlekuk atau curvy?
Skirt pensil semestinya untuk anda!
Dengan warna yang pejal dan tidak terlalu ketat, skirt pensil dapat membawa kesan mulus pada badan.
- Badan berbentuk buah epal
Skirt yang diperbuat daripada sutra atau chiffon adalah yang paling sesuai untuk wanita yang berbadan seperti buah epal.
Anda boleh mendapatkan jenis ini di mana-mana kedai pakaian atau membuat pembelian secara atas talian.
- Berkaki pendek
Skirt mini yang jatuh di atas lutut sesuai digayakan untuk orang yang berkaki pendek.
Selain itu, skirt mini ini juga sangat menarik dengan pemakaian stokin berwarna gelap untuk menyerlahkan bentuk badan anda.
- Berkaki panjang
Mini skirt kurang sesuai digayakan oleh gadis-gadis yang tinggi.
Tetapi jika anda mempunyai kaki yang panjang, jenis yang tidak terlalu pendek di bawah paras lutut adalah lebih sesuai untuk anda.
- Badan yang berpinggul dan berpeha besar
Skirt A-line yang jatuh tepat di atas buku lali akan membuatkan anda kelihatan lebih ramping.
Lebih-lebih lagi apabila dikenakan pula dengan warna yang gelap dan ketara.
p/s: Anda masih tertanya-tanya baju menarik untuk anak perempuan anda? Di sini ada jawapannya!
Pilihan Skirt KiutKidos Untuk Anda!
- Adel Mom Skirt
Jenis kain: Cotton Crepe
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik dan satu poket di sisi
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Dengan kain yang diperbuat daripada kapas cotton crepe, anda pasti berasa selesa untuk menggayakan skirt Adel Mom lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara ini.
- Aurora Mom Skirt
Jenis kain: Cotton Crepe
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik dan satu poket di sisi
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Sama seperti dalam pillihan 1, skirt berkain cotton crepe ini mempunyai satu side pocket pada kain.
Dengan poket ini, anda boleh membawa telefon bimbit dan dompet anda kemana sahaja!
- Irsa Mom Skirt
Jenis kain: Kain kapas
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik dan satu poket di sisi
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Irsa Mom Skirt ini diperbuat daripada 100% kain kapas.
Bukan sahaja ia selesa dan sejuk, anda pastinya dapat menggayakan skirt ini sebagai pakaian harian.
- Sofi Mom Skirt

Jenis kain: Kain kapas
Corak: Kain skirt yang mempunyai lapisan
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik dan poket di kedua-dua sisi.
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Skirt cotton berkain lembut ini mudah dibasuh dan boleh dibasuh secara soft wash dalam mesin basuh atau dengan tangan.
Jadi, anda tidak perlu risau kesan makanan tertumpah pada baju anda!
- Mary Skirt

Jenis kain: Kain kapas
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik satu poket di sisi serta zip di bahagian tepi kain.
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Skirt ini merupakan kegemaran ramai kerana pilihan warnanya yang menarik.
Dengan kain yang berkilat ini, anda pastinya akan menarik tumpuan orang ramai.
Pilihan Skirt Untuk Anak Anda Pun Ada!
- Fedra Skirt in Fog 2.0
Jenis kain: Kain kapas
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik di bahagian belakang kain
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Skirt berkain lembut dan mudah dibasuh ini adalah sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari oleh anak anda.
- Anna Skirt
Jenis kain: Kain kapas Single jersey cotton t-shirt
Style: Mempunyai getah pinggang (waistband) yang elastik
Kemudahan: Mudah untuk digosok
Anak-anak yang sukakan warna biru pasti suka menggayakan skirt Anna ini kemana-mana sahaja.
- Fedra Skirt
Jenis kain: Kain kapas
Kemudahan: Mudah untuk digosok
Cara penjagaan: Basuh secara soft wash dengan mesin basuh atau tangan
Fedra skirt mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik, iaitu Blue, Iris, Smoke, Fog and Corn.
Jangan risau jika anak anda seorang yang lasak kerana kain skirt ini sememangnya tahan lasak.
Yang lebih menarik, kain skirt ini sangat tahan lasak untuk anak anda yang suka bermain.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi pilihan skirt yang menarik untuk si ibu dan kanak-kanak perempuan di KiutKidos.
Jika anda sedang mencari baju kanak-kanak selain daripada pilihan di atas, KiutKidos juga mempunyai pakaian untuk bayi dan kanak-kanak lelaki.
Kami juga turut menyediakan pakaian set family yang mempunyai warna sedondon.
Apa yang anda tunggu lagi?